Windows XP yang dihasilkan oleh pengeluar syarikat OS terunggul iaitu microsoft merupakan OS yang terbaik pernah dikeluarkan oleh microsoft berikutan kestabilan OS tersebut benar-benar menarik para peminat komputer menggunakan OS ini, namun setelah sekian lama, OS baru telah dihasilkan oleh microsoft yang dikatakan OS yang lebih baik sebelum ini. kemunculan produk baru seperti Windows vista, windows 7 dan terbaru windows 8 yang akan dikomersialkan tidak lama lagi bakal menggantikan kedudukan xp di kalangan peminat computer. Disini adalah satu tutorial bagi memasang XP pada PC anda, jika komputer anda mengalami kerosakan OS, adakah wajar jika kita pergi ke kedai dan harus membayar bagi memasang windows yang boleh didapati di mana sahaja, walaupun segelintir pengguna menggunakan perisian yang disalin dari cd original tetapi penggunaannya amat baik dan memuaskan hati, jadi kenapa perlu ke kedai..just thinking about it!..bagi menginstall perisian ini, anda seharusnya terlebih dahulu memastikan samaada driver bagi komputer anda dalam simpanan anda, jika anda tidak mempunyai driver, buat research pada uncle google. so, untuk melakukan ini, anda hendaklah memeriksa bios pada komputer anda..semasa on pc, anda akan nampak perkataan enter setup pada skrin, so just tekan je mana-mana kekunci yang disuruh tekan pada paparan. setelah memasuki bios, periksa first boot, pastikan cd rom berada pada kedudukan pertama iaitu 1st boot. stelah itu restart kembali pc anda tanpa membuang cd windows di dalam cd rom..
* jika imej kabur dan tidak jelas, sila klik pada imej untuk lihat penuh
ini adalah boot screen, jika hendak setup bios, tekan delete tetapi ia adalah berlainan antara komputer mengikut motherboard. selepas boot screen tamat, perkataan press any key to boot from cd akan terpapar pada skrin, jadi anda harus menekan mana-mana kekunci bagi memasuki setup windows. selepas itu anda hanya menunggu sehingga paparan dibawah ini keluar.
setelah paparan sperti diatas, tekan enter.
bila paparan begini, hanya tekan f8 menandakan anda bersetuju segala kata-kata dari microsoft ni ;)
setelah itu, anda harus memilih partition yang akan digunakan bagi menginstall windows ini, dimana lokasi dalam hard disk anda akan digunakan. biasanya saiz windows xp adalah 2Gb lebih. namun setiap komputer tidak semestinya mempunyai 2partition, ada yang satu, tiga bergantung kepada kehendak pengguna. untuk menginstall windows selalunya kita harus memilih local disk C. selepas highlight pada C, tekan ENter.
Setelah itu, anda harus memilih jenis system memori yang akan digunakan, saya biasa menggunakan jenis NTFS file system (quick). Tekan Enter.
setelah itu, setup akan menformat partition hard disk yang dipilih oleh anda. biarkan sahaja windows melakukannya.
selepas setup tamat melakukan formatting, setup akan mula menyalin@copy file dari CD untuk diinstall dalam komputer dan tunggu sehingga proses ini selesai.
setelah itu, setup akan restart semula komputer anda dengan secara automatik atau anda boleh melakukannya dengan menekan enter.
setelah windows restart, nah hasilnya..
Boot windows akan dihasilkan menandakan windows sudah ada didalam hard disk. namun proses menginstall windows XP masih belum selesai ya. semasa boot windows ini keluar, anda harus menunggu seketika dan setelah itu paparan dibawah akan dihasilkan.
biarkan sahaja windows melakukan beberapa langkah ini. anda seharusnya melihat sahaja tanpa melakukan apa-apa ya.
untuk proses ini tekan next
sila isikan nama untuk diberi kepada komputer anda, ia akan menjadi nama utama kepada komputer anda.
selepas itu, permintan kepada CD key windows akan dipaparkan, jika anda menggunakan windowsXP jenis SP2RTM, diatas adalah key kepada windows tersebut.
tekan next sahaja k.
biarkan sahaja windows melakukan semua ini untuk anda, anda harus menunggu sahaja.
sesetengah komputer lama, kita harus mengkonfigurasikan network secara manual, tekan next sahaja kerana kita akan memilih typical settings.
pilih workgroup jika anda ingin menggunakan komputer anda bagi membolehkan komputer anda melakukan group dalam networking anda nanti.
selepas itu, anda harus membiarkan sahaja windows melakukan tugasnya dan kali ini anda harus menunggu sehingga proses selesai. selepas semuanya selesai, secara automatik komputer akan di restart dan pemasangan windows anda kini telah selesai. kemudian anda harus menginstall driver yang diperlukan pada komputer anda. selamat mencuba,;
Ask me Here..!
Please Click this link
Any question? here..
Come and Join us
Your Location
Members joined
Look at Here..?!
Monday, July 19, 2010
How to install XP??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
please leave a comment here ..