Get cash from your website. Sign up as affiliate.
WordLinx - Buy Real Visitors

Friday, July 23, 2010

How to make money with nuffnang??

0 comments


Sebelum post ini, terdapat post saya yang mengatakan mengenai berblog menghasilkan duit?? disni saya akan menunjukkan cara bagi memulakan perkerjaan anda sebagai blogger yang memperoleh duit dari blognya bukan blogger yang hanya berblog tetapi tidak menggunakan peluang yang ada bagi mendapatkan hasil. mungkin hasil yang diperoleh tidaklah tinggi tetapi kepada sesetengah blogger yang mempunyai blog bertrafik tinggi mampu memperoleh ribuan ringgit dalam sebulan. ini adalah fakta yang diakui oleh blogger 'otai'. untuk newbie yang baru nak bertapak dalam dunia blogger ni, saya cadangkan agar anda menghasilkan satu blog yang berkualiti dan mampu bersaing dengan blog yang sudah sedia ada sekian lama. untuk menghasilkan satu blog yang berkualiti tinggi ini bukanlah satu perkara yang mudah tetapi bukanlah mustahil untuk kita lakukannya. baik dalam post saya kali ni saya akan membantu para newbie bagi mendapatkan hasil dari blog dengan nuffnang.
langkah-langkah :
1. anda mestilah sudah mendaftar dengan nuffnang sebelum melakukan kerja-kerja iklan dalam blog anda. isi sahaja apa yang nuffnang persoalkan, usah bimbang kerana apa-apa mengenai anda akan dirahsiakan. jika anda belum register, klik sign up sekarang selepas itu tekan pada sign up , popu akan keluar pada bahagian bawah sign up tersebut dan anda harus memiilih sebagai blogger.
2. selepas itu anda perlulah isi semua yang ada dalam borang tersebut, ingat..semua perkara anda harus isikan dengan betul kerana jika ada kesilapan pembayaran terhadap anda mungkin terganggu nanti. sesetengah orang bimbang untuk mengisi apa-apa maklumat mengenai diri di internet tetapi dengan nuffnang anda seharusnya berfikiran positif, tengok sahaja blogger yang menggunakan nuffnang, sudah tentu mereka percayai nuffnang sehingga blog mereka memberikan pendapatan yang tinggi. so buat sahaja, jangan fikir panjang, identiti atau apa-apa data anda akan dirahsiakan.
3. selepas mendapat email verify dari nuffnang (selalunya anda akan memperoleh email setelah mendaftar), anda perlu login pada nuffnang dan nuffnang akan memaparkan anda kepada akaun kepunyaan anda.




dapat dilihat diatas adalah paparan bagi akaun anda. pada bahagian earnings adalah jumlah pendapatan terkumpul anda selama anda menggunakan nuffnang, pendapatan ini akan terkumpul sebanyak RM50 dan jika pendapatan melebihi jumlah tersebut, pihak nuffnang akan merujuk kepada anda jika mahu mendapatkan cek atau menangguhkan pembayaran bagi bulan selanjutnya. pada bahagian add ads ini adalah bahagian yang amat penting dimana ia adalah tempat anda mendapatkan coding java script untuk diletakkan pada blog anda tetapi sebelum anda mendapatkan coding ads anda perlulah klik pada bahagian blog manager dimana anda perlu mendaftarkan blog anda pada nuffnang agar blog anda diketahui oleh nuffnang. jika anda tidak berbuat demikian maka ads tidak akan muncul di blog anda.
4. untuk mendaftar blog di dalam akaun nuffnang anda, sila klik blog manager dan terus ke bahagian bawah page tersebut. anda akan dapat lihat tempat daftar blog, masukkan nama dan alamat blog anda seterusnya klik daftar blog atau add new blog.
5. selepas blog didaftarkan, blog manager akan memaparkan list blog yang ada dalam akaun nuffnang anda. pastikan pada bahagian ads preference anda memilih show Global CPC ads bagi mendapatkan iklan yang lebih banyak dari list lain.
6. selepas mendaftar blog anda pada akuan, barulah anda dapat mengambil coding js dengan klik pada bahagian add ads. pada bahagian ini, terdapat tiga bentuk ads iaitu to put on header iaitu bahagian paling atas blog anda, to put on sidebar iaitu bahagian kiri atau kanan blog anda, dan to put between content dimana ia akan diletakkan pada bahagian tengah blog bersama post atau content blog anda. kesemua bentuk ads ini anda dapat melihat contohnya dengan klik pada preview ads.
7. code yang diberikan ada dua jika kita lihat ya, tetapi pastikan untuk pengguna blogspot, saya syorkan agar anda copy code di petak pertama yang diberi kerana petak kedua kemungkinan tidak berfungsi. selepas anda copy code tersebut, login ke blog anda untuk ke dashboard blog anda. selepas login, klik pada bahagian design dan pilih add gadget dan pilih HTML/java script. selepas itu paste code tadi dan save. tetapi untuk ads yang bersaiz 728x90 , saya galakkan anda tidak menggunakan langkah ini sebaliknya anda menggunakan edit html.
begini caranya -- > setelah anda copy code to put on top, dan telah login klik pada design->edit html. setelah itu anda harus cari perkataan , bagi menyenangkan anda, anda tekan CTRL+F bagi melakukan carian dan taip pada kotak carian. selepas dijumpai paste code tersebut pada bahagian bawah tadi selepas itu klik preview dan jika tiada error klik save template.
8. setelah anda meletakkan semua code tadi, anda sudah berjaya menghasilkan satu perkerjaan yang akan menghasilkan duit. jika pelawat blog anda ramai, maka keuntungan anda akan berganda. selesai.

Ingat!..jangan menggunakan ads dari ejen pengiklanan asia yang lain, jika tidak status glitterati Anda mungkin akan digugurkan dan ada hanya dibayar dengan kadar yang rendah.



0 comments:

Post a Comment

please leave a comment here ..

Related Posts with Thumbnails